Warga emas terkejut penyewa rumah tinggalkan bom

Iklan
Bom mortar 60 ini ditemukan dalam sebuah rumah di Taman Bukit Tembakau, Merlimau, di Melaka, pada Sabtu lalu.

JASIN - Seorang pemilik rumah wanita warga emas terkejut apabila terdapat bom mortar di rumah sewanya yang tidak berpenghuni sejak tujuh bulan lalu, di Taman Bukit Tembakau, Merlimau, di sini, pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, bom mortar 60 milimeter (mm) jenis Practice Inert yang digunakan dalam latihan ditemukan oleh seorang lelaki berusia 30-an yang merupakan jiran kepada wanita berusia 56 tahun itu ketika membantu mengemas barangan peribadi milik penyewa terdahulu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, lelaki itu kemudian telah menghantar gambar kepada warga emas terbabit sebelum wanita itu hadir membuat laporan polis pada jam 7.58 malam.

Katanya, sepasukan polis termasuk Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka kemudian tiba dan membuat kawalan keselamatan di lokasi untuk tindakan lanjut.

Iklan

"Kita juga mengesahkan tiada mengandungi bahan letupan dan masih mengesan bekas penyewa yang telah berpindah keluar sejak Januari lalu untuk membantu siasatan dalam kes ini," katanya ketika dihubungi di sini, pada Isnin.

Ujarnya, bom berkenaan kemudian telah di bawah oleh UPB ke IPK Melaka untuk tindakan pelupusan.

Iklan

Katanya, hasil siasatan lanjut juga mendapati rumah teres setingkat itu sebelum ini didiami seorang lelaki yang bekerja di Melaka sejak 2022.

"Sejak penyewa terbabit berpindah pada Januari lalu, pemilik rumah tidak lagi menghubungi individu itu sehinggalah Sabtu lalu dia meminta jirannya itu bantu mengemas barang peribadi milik bekas penyewanya itu," katanya lagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!