[VIDEO] Koronavirus: Pesakit kedua disahkan sembuh

Iklan
Yang merakamkan gambar bersama pasukan perubatan yang telah merawatnya sehingga pulih dan telah dibenarkan pulang ke rumah semalam.

ZHEJIANG - Seorang lelaki yang dijangkiti koronavirus di wilayah Zhejiang kini menjadi pesakit kedua disahkan sihat dan bebas daripada penyakit berkenaan selepas mendapat rawatan intensif di hospital.

Lelaki berkenaan dikenali sebagai Yang, 46, dibenarkan keluar dari hospital, semalam, selepas mendapatkan rawatan susulan sakit kepala, pening dan lemah badan dialaminya.

Iklan
Iklan

Menurut sumber berdasarkan laporan China Global Television Network, Yang sebelum ini telah pergi ke Wuhandalam tempoh yang lama dan keluar dari wilayah tersebut pada 3 Januari lalu.

"Bila saya terkena simptom seperti demam dan sakit kepala, saya terus ambil keputusan pergi ke hospital sebab waktu saya kena tu wabak ini sedang mula merebak di China.

Iklan

"Pasukan perubatan di sini menjaga kami pada setiap waktu. Saya rasa saya tidak mampu sembuh dan keluar dari hospital ini jika mereka tidak memberikan saya rawatan yang betul,” katanya.

Sementara itu, ketua doktor, Dr Dai Jianyi berkata, kejayaan itu merupakan satu petunjuk yang jelas bahawa wabak koronavirus boleh dirawat dan dikawal.

Iklan

"Dengan ini, kita dapat meneruskan usaha memulihkan kembali pesakit yang menghidapi penyakit ini dan kami mengharapkan agar orang ramai tidak panik.

"Apa yang penting kini, mereka perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan melindungi diri mereka sendiri," katanya.

Terdahulu, Huang, 23 menjadi manusia pertama disahkan sihat dan bebas daripada penyakit berkenaan di Wuhan selepas menerima rawatan pada 1 Januari lalu.

Link video: https://twitter.com/CGTNOfficial/status/1220899087043760128?s=20