Penunggang RXZ maut rempuh belakang SUV

Iklan
Seorang penunggang motosikal Yamaha RXZ maut kemalangan di Lebuhraya Guthrie, Sungai Buloh pada Ahad. Gambar kecil: Mohd Hafiz

SUNGAI BULOH - Seorang penunggang motosikal Yamaha RXZ maut selepas merempuh belakang sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kilometer 13.1 Lebuhraya Guthrie dekat sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya dimaklumkan berhubung kejadian terbabit selepas menerima panggilan pada jam 2.48 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kejadian berlaku semasa mangsa iaitu lelaki berusia 18 tahun dalam perjalanan dari Rawang menghala ke Shah Alam.

"Mangsa telah melanggar belakang sebuah SUV jenis Toyota Harrier yang dipandu lelaki berusia 71 tahun.

Iklan

"Mangsa yang parah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, satu laporan polis telah diterima pihak polis daripada pemandu SUV terbabit pada jam 12.10 tengah malam Isnin di Balai Trafik Sungai Buloh.

Iklan

Tambahnya, polis meminta kerjasama saksi kejadian untuk tampil menghubungi Inspektor Hasanal Hasif Johari di talian 019-2264650 bagi membantu siasatan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!