Bubu dasar laut

Iklan
Bubu dasar laut menjadi peralatan wajib kepada nelayan di sini kerana pukat biasa hanya mampu menangkap ikan di permukaan yang biasanya dari spesies kecil dan tidak mahal.

Sebuah bubu dasar laut mampu membawa naik 40 kilogram ikan hidup bersaiz besar dari spesies mahal seperti merah, kerisi, tenggiri, siakap, jenahak dan sotong katak.

Nelayan, Zulkafli Rani, 66, menyiapkan bubu ikan bagi menangkap hasil laut ketika tinjauan di Pulau Kekabu hari ini.
Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Sebelum ini, nelayan membuat bubu dengan menggunakan tapak yang diperbuat daripada kayu sukai dan sengat keli yang tahan air, namun kini ramai lebih cenderung menggunakan besi kerana ia tahan lebih lama dan lebih kukuh serta tidak reput.

Nelayan, Shafie Abdullah, 64, menyiapkan bubu ikan bagi menangkap hasil laut ketika tinjauan di Pulau Kekabu hari ini.


Menggunakan dawai dan besi sebagai bahan utama, pembuatan bubu ternyata memerlukan kesabaran tinggi, selain kemahiran menyulam dawai dan membentuk unjap, iaitu laluan untuk ikan masuk ke dalam perangkap.