KPDN Kulim sita 222kg minyak masak peket disorok dalam stor

Iklan
KPDN Kulim menyita 222 kg minyak masak peket bersubsidi yang dipercayai ‘disorokkan’ di sebuah premis di Taman Makmur dekat Kulim, pada Ahad. Foto Facebook KPDN Kedah

ALOR SETAR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kulim menyita 222 kilogram (kg) minyak masak peket bersubsidi yang dipercayai ‘disorokkan’ di sebuah premis di Taman Makmur dekat Kulim, pada Ahad.

Pengarah KPDN Kedah Muhammad Nizam Jamaludin berkata, sepasukan anggota KPDN Kulim melakukan tindakan penguatkuasaan kira-kira 12 tengah hari terhadap premis yang didapati enggan menjual barang kawalan itu.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, tindakan awal dilakukan dengan membuat uji beli melalui Op Samar dan mendapati tiada minyak masak peket satu kg dipamerkan di rak jualan.

"Setelah bertanya kepada seorang pekerja lelaki tempatan, anggota dimaklumkkan minyak masak peket satu kg di kedai runcit itu kehabisan stok. Pasukan kemudian menjalankan pemeriksaan lanjut dan menemukan sejumlah minyak masak peket disimpan di dalam stor.

Iklan

Muhammad Nizam berkata, sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1 juta, manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM3 juta bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi syarikat denda tidak melebihi RM2 juta, manakala kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5 juta dan kes juga boleh disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) [Akta 613]. - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!