‘Kerajaan Perpaduan tidak kalah sebab diesel’ - Mujahid

Iklan
Mujahid Yusof. - FOTO: SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID

SHAH ALAM - Kegagalan calon Pakatan Harapan (PH), Dr Joohari Ariffin memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap bukan disebabkan isu subsidi diesel yang dibawa oleh kerajaan.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, beliau yakin terhadap dasar dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berada di landasan tepat.

Iklan
Iklan

"Kerajaan Perpaduan tidak kalah disebabkan diesel, terus pertahankan isu struktural yang sangat kritikal untuk negara kekal berdaya maju.

"Sementara kelemahan perlu diperbaiki, jangan berundur pertahankan islah negara,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial, X pada Isnin.

Iklan

Sebelum ini, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim mendakwa Joohari menerima kesan daripada dasar-dasar Kerajaan Perpaduan mengenai cukai dan subsidi apabila tewas dalam PRK DUN Sungai Bakap.

Jelas Hassan, isu penyelarasan diesel yang dilaksanakan kerajaan baru-baru ini menjadi punca utama kekalahan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!