Pempengaruh seleweng duit derma: Polis minta buat laporan

Iklan
Ramli

KUALA LUMPUR - Polis menggesa orang ramai tampil membuat laporan mengenai dakwaan yang tular media sosial membabitkan seorang pempengaruh yang dikatakan menyeleweng dan pecah amanah wang derma.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya akan menyiasat perkara itu sekiranya mempunyai laporan berhubung dakwaan itu.

Iklan
Iklan

"Mana-mana orang awam yang berasa terkesan disebabkan derma berkenaan dan mengetahui kutipan itu telah disalahgunakan mohon tampil ke hadapan.

"Ini membolehkan siasatan dapat dijalankan oleh pihak polis,” katanya pada Isnin.

Iklan

Dalam pada itu, beliau menasihatkan masyarakat supaya berhati-hati memberi derma pada tabung yang ditubuhkan oleh individu tertentu bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan.

Jelasnya, orang ramai perlu membuat semakan dan pengesahan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang derma kepada mana-mana pihak.

Iklan

"Kita kena hati-hati. Mereka akan menggunakan rasa simpati dan sifat dermawan kita untuk dimanipulasi dan tidak tahu di mana wang itu disalurkan.

"Jadi jika betul hendak menderma, salurkan ke tabung disediakan kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar," ujarnya.

Sejak beberapa hari lalu, timbul tanda tanya berhubung tular di media sosial mengenai seorang pempengaruh yang dikatakan mengambil komisen daripada kutipan derma orang ramai dengan peratusan yang tinggi selain didakwa hidup dalam kemewahan hingga menimbulkan pelbagai tanda tanya daripada warga siber.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!