MOSCOW - Boeing bersetuju untuk mengaku bersalah dan membayar denda AS$243.6 juta ke atas dakwaan penipuan mengenai nahas pesawat 737 MAX pada 2018 dan 2019, lapor Sputnik berdasarkan laporan CNBC yang memetik Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS).
"Kami boleh mengesahkan kami telah mencapai persetujuan secara prinsipnya dalam penyelesaian dengan Jabatan Kehakiman, bergantung kepada kelulusan terma-terma tertentu,” lapor CNBC yang memetik kenyataan syarikat itu.