2 disyaki pemberontak terbunuh dalam pertempuran di Filipina

Iklan
Gambar hiasan.

MANILA - Tentera Filipina membunuh dua suspek pemberontak dalam pertempuran awal pagi Isnin di wilayah Masbate, tenggara Manila, lapor Xinhua.

Jurucakap Tentera Darat Filipina, Mejar Frank Roldan berkata, dua anggota kumpulan New People's Army (NPA) itu terbunuh dalam pertempuran selama 15 minit yang berlaku sebelum jam 7 pagi waktu tempatan di bandar Esperanza.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, empat pemberontak berjaya melarikan diri meninggalkan rakan mereka yang terkorban.

Tentera menemukan senapang M653, revolver kaliber 38, dan barangan peribadi lain milik pemberontak.

Iklan

Tiada tentera kerajaan yang terbunuh atau cedera dalam pertempuran itu.

NPA sering bertempur dengan pihak kerajaan sejak 1969 dan sering menyasarkan kawasan luar bandar.

Iklan

Data tentera menunjukkan kekuatan anggota NPA telah merosot berbanding 25,000 anggota bersenjata pada 1980-an. - Bernama-Xinhua

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!