Cadang kerjasama dengan Lynas Malaysia majukan REE Kelantan

Iklan
Mohamed Fadzli (tengah) menyampaikan cenderamata penghargaan kepada Pengarah Urusan Lynas Malaysia, Datuk Mashal Ahmad (kiri).

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan melihat cadangan kerjasama dengan Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas Malaysia) sebagai peluang terbaik untuk memajukan industri unsur nadir bumi (REE) di negeri itu.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, unsur nadir bumi dijangkakan berjumlah 2,562,500 tan dengan nilai RM125 bilion sekali gus menjadi potensi ekonomi baharu di negeri berkenaan.

Iklan
Iklan

"Beberapa syarikat dari China menunjukkan minat dengan REE Kelantan, namun jika ada kelulusan untuk dimajukan, kami mahu REE ini diproses dalam negara dan Lynas adalah satu-satu peluang yang kita ada.

"Jika dihantar ke China, keuntungan mungkin sikit sebaliknya kami mahu maksimumkan keuntungan dan mendapat manfaat sepenuhnya daripada REE kepada ekonomi negeri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penutup Simposium Mineral Strategik Unsur Nadir Bumi Kelantan 2024 di Tunjong di sini, pada Isnin.

Iklan
Peserta yang menyertai Simposium Mineral Strategik Unsur Nadir Bumi Kelantan 2024 di Kota Bharu pada Isnin.

Menurut Mohamed Fadzli, REE di Kelantan masih di peringkat awal dan belum mendapat kebenaran untuk kerja-kerja melombong atau eksport.

"Mana-mana negeri pun sama kecuali unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di Mukim Kenering, Hulu Perak, Perak sahaja yang mendapat kebenaran,” katanya.

Iklan

Media sebelum ini melaporkan daerah yang dikenal pasti mempunyai potensi nadir bumi ialah Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang.

Jumlah nadir yang paling banyak ditemui ialah di Aring, Gua Musang dengan keluasan 100,000 hektar, manakala Stong Batu Melintang, Jeli dan Tanah Merah masing-masing 80,000 hektar dan 25,000 hektar.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!