Gempa bumi kuat gegar Turki

Iklan
Pasukan penyelamat mencari mangsa berikutan gempa bumi yang berlaku di Elazig, Turki di sini, jam 1.55 pagi (waktu Malaysia), hari ini.

ELAZIG - Sekurang-kurangnya 14 orang dilaporkan terkorban akibat gempa bumi dengan kekuatan magnitud 6.8 skala Richter di Elazig, Turki, pada jam 1.55 pagi (waktu Malaysia), hari ini.

Gempa yang berpusat di bandar Sivrice, wilayah timur Turki itu juga menyebabkan runtuhan bangunan dan mencetuskan panik dalam kalangan penduduk.

Iklan
Iklan

Melahat Can, 47, berkata, kejadian tersebut berlaku ketika dia dan keluarganya sedang berehat di dalam rumah.

"Kejadian sangat menakutkan apabila perabot jatuh di atas kami lalu kami bergegas ke luar," katanya sebagai memetik laporan BBC.

Iklan

Menurut Agensi Pengurusan Bencana dan Kecemasan Kerajaan Turki (AFAD), gempa tersebut melanda Sivrice sekitar jam 8.55 malam (1755 GMT).

Katanya, seramai lapan orang maut di wilayah Elazig manakala enam mangsa maut di Wilayah Malatya.

Iklan

"60 gempa susulan direkodkan selepas gempa bumi pertama itu dan lebih 400 pasukan penyelamat diarahkan ke wilayah tersebut.

"Kita telah menyediakan katil dan khemah kepada mangsa yang terjejas akibat kejadian ini. Mereka juga diberi amaran supaya tidak pulang ke rumah sebelum mendapat kebenaran.

"Syarikat-syarikat komunikasi terkemuka Turki juga mengumumkan bahawa mereka akan menyediakan kemudahan internet dan panggilan telefon secara percuma kepada penduduk di kawasan gempa,” katanya.

Terdahulu, kajian Geologi AS menilai magnitud gempa itu adalah pada 6.7 skala Richter dan mempunyai kedalaman sejauh 10 kilometer.