Jemaah umrah teruja bertemu ahli keluarga sedang tunai haji

Iklan
Jemaah mendengar taklimat yang disampaikan mutawif MKM sebaik sahaja tiba dekat hotel di Tanah Suci.

SHAH ALAM - Peluang berjumpa ahli keluarga dan saudara-mara yang sedang menunaikan rukun Islam kelima di Tanah Suci menjadi detik tidak ternilai kepada seramai 103 jemaah umrah terawal Malaysia dalam keadaan musim haji yang masih belum berakhir.

Ketua Pegawai Strategik MKM Ticketing Travel & Tours (MKM), Dr Abdul Hadi Abdul Raman berkata, kumpulan jemaah itu menunaikan ibadah menerusi pakej umrah musim haji yang ditawarkan pihaknya.

Iklan
Iklan

"Kepulangan jemaah haji secara beransur-ansur dari seluruh dunia termasuk Malaysia ke tanah air masing-masing membolehkan jemaah umrah mula memasuki Makkah.

"Peluang ini bukan senang untuk dirasai, jadi semua grup umrah terawal Malaysia ini menyatakan rasa teruja.

Iklan

"Selain dapat sama-sama imarahkan ibadah sepanjang musim haji yang masih belum tamat, ramai antara mereka dapat berjumpa dengan ahli keluarga dan saudara-mara yang masih meneruskan ibadah," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Jemaah umrah musim haji terawal tiba di Jeddah pada jam 7 petang waktu tempatan, Khamis lalu.

Rombongan jemaah umrah terawal berkenaan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah, kira-kira jam 7 petang waktu tempatan pada Khamis lalu.

Iklan

Mereka menaiki penerbangan Malaysia Airlines MH156 yang berlepas pada jam 2.50 petang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Abdul Hadi yang juga Pengarah Operasi Haji MKM menjelaskan, kesemua jemaah umrah tersebut dibahagikan kepada tiga kumpulan kecil yang setiap satu dibimbing seorang mutawif.

Katanya, apa yang penting perkongsian jemaah haji yang masih belum selesai ibadah itu dapat memberi suntikan semangat kepada jemaah umrah untuk mengejar kesempurnaan ibadah.

"Bagi orang ramai di luar sana yang mahu mengetahui lebih lanjut berhubung pakej umrah bolehlah mendapatkan maklumat di laman sesawang mkm.my," ujarnya.

MKM merupakan sebuah syarikat pelancongan berdaftar dengan Kementerian Haji Saudi bagi menguruskan visa umrah dan mempunyai lesen haji daripada Lembaga Tabung Haji (TH) atau disebut sebagai ‘Pengelola Jemaah Haji (PJH)’ bagi menguruskan jemaah haji Malaysia.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!