MCA dakwa ramai pelajar 10A gagal ke matrikulasi

Iklan
Wee Ka Siong

SHAH ALAM - MCA mendakwa masih ramai pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 10A ke atas gagal melanjutkan pengajian ke matrikulasi.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, Pemuda MCA telah menyerahkan semua maklumat aduan ke Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 2 Julai dan keputusan pengambilan ke program berkenaan diumumkan pada 5 Julai.

Iklan
Iklan

"KPM mempunyai masa selama 48 hingga 72 jam untuk meneliti setiap kes aduan. Jadi, kenapa masih terdapat berpuluh-puluh orang pelajar 10A masih gagal ditawarkan tempat ke program Matrikulasi?

"Adakah Kementerian Pendidikan telah mengetepikan keputusan Perdana Menteri dan Kabinet?” soalnya menerusi hantaran di laman sosial, Facebook pada Isnin.

Iklan

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Kabinet bersetuju supaya pelajar bukan Melayu yang mendapat keputusan cemerlang SPM 10A ke atas layak melanjutkan pengajian ke matrikulasi.

Mengulas lanjut, Ka Siong berkata, adalah wajib bagi KPM melaksanakan keputusan Kabinet tersebut.

Iklan

Menurutnya, mengikut peraturan yang ditetapkan, setiap pelajar perlu mengisi borang aduan rasmi KPM atas talian secara individu bagi melengkapi proses aduan.

Dalam pada itu, beliau turut mempersoal terdapat pihak tertentu menuduh Pemuda MCA membuat penyerahan dokumen-dokumen aduan ke KPM selepas tarikh tutup.

"Pemuda MCA akan mengumpul dan mengemaskini segala maklumat yang berkenaan dan seterusnya menyerahkan ke pihak kementerian mengikut kategori berlainan.

"Inilah SOP yang telah dilakukan oleh Pemuda MCA pada 20 tahun yang lepas. Mana logiknya tuduhan tersebut ke atas Pemuda MCA?” soalnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!