NEW DELHI - Empat anggota tentera darat India terbunuh dan enam cedera apabila kenderaan dinaiki mereka diserang oleh pejuang di Daerah Kathua, Jammu dan Kashmir pada Isnin.
Para pejuang melontar bom tangan dan melepaskan tembakan ke arah askar yang sedang meronda sekitar jam 3.30 petang berhampiran Kampung Badnota, 120 kilometer dari Bandar Kathua, menurut laporan media India yang memetik kenyataan pegawai polis dan pertahanan.