Thailand senaraikan semula ganja sebagai narkotik

Iklan
Aktivis memegang pokok ganja di Bangkok semasa membantah tindakan kerajaan mengklafikasi semula ganja sebagai narkotik. - AFP

BANGKOK - Thailand mengambil satu langkah lagi dalam rancangannya mengklafikasikan semula ganja dan hem sebagai narkotik selepas jawatankuasa yang ditugaskan mengawal dadah haram telah bersetuju supaya ia tidak sepatutnya diletakkan untuk tujuan rekreasi, lapor Bangkok Post.

Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam, Surachoke Tangwiwat berkata, semua ahli jawatankuasa telah bersetuju dengan prinsip bahawa ganja harus digunakan dengan tujuan rawatan perubatan.

Iklan
Iklan

"Majoriti telah bersetuju meletakkan kembali ganja dan hem dalam senarai narkotik," katanya.

Justeru, jawatankuasa itu akan menyerahkan laporannya kepada Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik pada minggu depan hasil persetujuan itu akan digunakan untuk menggesa pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) meminda undang-undang berkaitan ganja serta kriteria mengenai penggunaan tumbuhan itu.

Iklan

Difahamkan peraturan baharu itu dirancang untuk dilaksanakan pada 1 Januari 2025.

Ribuan dispensari ganja dan perniagaan lain yang berkaitan dibuka di seluruh Thailand sejak ia menjadi negara pertama di Asia yang tidak lagi mengharamkan ganja pada 2022.

Iklan

Awal tahun ini, Perdana Menteri, Srettha Thavisin mengarahkan pegawai mengambil langkah untuk menyekat penggunaan ganja hanya untuk tujuan perubatan.

Kumpulan dan perniagaan advokasi ganja menyuarakan bantahan mereka terhadap dasar pusingan U itu, mengadakan perhimpunan dan mengancam memfailkan cabaran undang-undang terhadap perdana menteri. - Agensi