PUTRAJAYA - Menteri Kewangan Lim Guan Eng akan mengumumkan nama pengatur bagi bon Samurai bernilai 200 bilion yen (AS$1.9 bilion) minggu depan.
Mengulas mengenai laporan Bloomberg bahawa Malaysia telah memilih bank untuk penjualan bon Samurai pertama negara itu, Lim berkata:"Tidak perlu spesifik. Anda akan tahu perkara sebenar minggu depan. Kami akan membuat keputusan muktamad dan pengumuman pada minggu depan.