Netanyahu cuba halang gencatan senjata - Hamas

Iklan
Hamas menggesa pengantara untuk campur tangan dan menghentikan 'manipulasi dan jenayah' oleh Netanyahu. Foto AP

HAMAS mendakwa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu meletakkan halangan berhubung rundingan gencatan senjata untuk menamatkan perang di Gaza.

Hamas menggesa pengantara untuk campur tangan dan menghentikan 'manipulasi dan jenayah' oleh Netanyahu.

Iklan
Iklan

Dalam satu kenyataan di akaun Telegram pada Isnin, Hamas berkata, pihaknya menunjukkan kesediaan dan positif untuk menghentikan pencerobohan Zionis.

Bagaimanapun jelas Hamas, Netanyahu meletakkan halangan tambahan dalam kaedah rundingan ketika meningkatkan pencerobohan dan jenayah terhadap rakyat Palestin.

Iklan

Pada Ahad, Netanyahu berkata, sebarang perjanjian gencatan senjata Gaza mesti membenarkan Israel meneruskan pertempuran sehingga objektifnya tercapai.

Sabtu lalu, Hamas menerima bahagian penting rancangan Amerika Syarikat (AS) yang bertujuan menamatkan perang sembilan bulan di Gaza.

Iklan

Kumpulan itu menggugurkan tuntutan supaya Israel terlebih dahulu melaksanakan gencatan senjata kekal sebelum menandatangani perjanjian itu.

Delegasi AS yang diketuai oleh Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), William Burns tiba di Kaherah pada Isnin untuk bertemu dengan delegasi keselamatan Mesir bagi pusingan baharu rundingan gencatan senjata. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!