Suami isteri warga Singapura cemas kereta terbakar ketika lalui CIQ BSI

Iklan
Kereta milik warga Singapura terbakar ketika melalui laluan di CIQ Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru. Foto polis

JOHOR BAHRU - Pasangan suami isteri warga Singapura berdepan detik cemas apabila kereta yang mereka naiki terbakar di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini pada malam Isnin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, ketika kejadian pada kira-kira jam 8.15 malam, mangsa dalam perjalanan dari Johor Bahru untuk memasuki Singapura.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun katanya, suami isteri berusia lingkungan 40-an itu terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kebakaran berjaya dikawal anggota pelbagai agensi termasuk polis, Rela, polis bantuan dan anggota Jabatan Imigresen menggunakan alat pemadam api," katanya ketika dihubungi.

Iklan

Raub berkata, api berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 8.35 malam dan punca kebakaran masih dalam siasatan pasukan bomba.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan