Sokong RUU Mufti Wilayah

Iklan
Ahmad Syarifudin

MELAKA - Badan bukan kerajaan (NGO) dan Organisasi Melayu Islam Ahli Sunnah Wal Jama’ah (ASWJ) negeri ini menyokong penuh Rang Undang-Undang (RUU) Mufti Wilayah Persekutuan (WP) yang akan dibentang di Parlimen pada Selasa.

Solidariti RUU Mufti WP, Ahmad Syarifudin Samsudin Al Fahani, berkata, setakat ini sebanyak 27 pertubuhan menyatakan sokongan terhadap RUU berkenaan yang akan dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Na'im Mokhtar.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, yakin dengan adanya RUU itu mampu mengekang fahaman yang sesat dan bercanggah dengan ASWJ serta aliran-aliran dan ideologi ekstrimisme serta mampu membersihkan nama ASWJ daripada terpalit dengan ideologi keganasan.

"RUU itu antara lain membentang serta mentakrifkan secara terperinci apa sebenarnya aliran Ahli Sunnah Wal Jama’ah (ASWJ).

Iklan

"Oleh itu kami menyatakan solidariti dan sokongan penuh terhadap RUU Mufti Wilayah Persekutuan serta menyeru setiap umat Islam, NGO dan organisasi Melayu Islam yang ada untuk menyokong RUU ini," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Tambahnya, telah ditegaskan Sultan Selangor selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam (MKI) menerusi keputusan Muzakarah kali ke-106 pada tahun 2014 yang menjelaskan bahawa aliran ASWJ adalah aliran al-Asya’irah dan al-Maturidiyah serta mendapat perkenan Majlis Raja-Raja Melayu.

Iklan

Ujarnya, perkara itu juga telah menjadi pewartaan dalam hampir keseluruhan negeri-negeri di Malaysia antaranya, Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Kelantan, Kedah, Selangor dan Perak.

"Kesahihan akidah ialah sesuatu yang perlu di pandang penting bagi memastikan generasi yang akan datang tidak terpengaruh dengan fahaman-fahaman yang sesat dan menimbulkan perpecahan serta kucar-kacir dalam kalangan umat Islam di Malaysia," katanya lagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!