Mula-mula bergurau, kemudian bergaduh

Iklan
Berlaku kejadian pergaduhan melibatkan pelajar di sebuah sekolah di sekitar Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU - Empat pelajar Tingkatan Empat dan Lima ditahan polis selepas terlibat dalam pergaduhan berhampiran sebuah sekolah menengah di daerah ini pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, pihaknya ada menerima laporan berhubung pergaduhan tersebut.

Iklan
Iklan

"Laporan diterima dan tindakan telah diambil di mana seramai empat pelajar berusia 16 hingga 17 tahun ditahan pada Ahad lalu.

"Kejadian dipercayai berlaku akibat bergurau pada mulanya sebelum bertukar menjadi pergaduhan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Iklan

Katanya lagi, kesemua pelajar tersebut telah dibebaskan dengan jaminan pihak polis.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh," katanya.

Iklan

Sebelum itu, tular satu video berdurasi 33 saat memaparkan pelajar bergaduh sesama sendiri dalam kejadian membabitkan sebuah sekolah sekitar Kota Kinabalu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!