Lelaki pakai baju T PDRM dirakam percakapan

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Isnin.

PETALING JAYA - Lelaki yang memakai baju berlogo Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu perselisihan faham yang tular baru-baru ini di sekitar PJU 8/8, Damansara Perdana, di sini sudah dirakam keterangan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, lelaki tempatan berusia 40 tahun yang bekerja sebagai penjual basikal itu dirakam keterangan berhubung kejadian terbabit pada Isnin.

Iklan
Iklan

"Pemilik kenderaan jenis Volkswagen berkenaan sudah hadir bagi memberi keterangan di Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya semalam.

"Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 48 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Sinar Harian pada Isnin melaporkan PDRM mengesahkan individu terbabit yang memakai baju T program Fun Ride anjuran pihak polis di Shah Alam adalah bukan seorang pegawai atau anggota daripada jabatan itu seperti yang didakwa dalam hantaran media sosial tular sebelum ini.

Dalam hantaran itu, terdapat dua gambar serta satu rakaman video berdurasi 13 saat memaparkan seorang lelaki memakai baju T tertera logo PDRM yang didakwa meletakkan kenderaan di kawasan larangan.

Iklan

Siasatan lanjut dilakukan mendapati kejadian berlaku jam 8.30 pagi pada 3 Julai lalu semasa pemandu kereta Volkswagen terbabit sedang menurunkan isterinya yang bekerja di sebuah premis berhampiran.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!