Ugutan ke atas pempengaruh, sembilan individu diambil keterangan

Iklan
Ahmad Sukarno. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Sembilan individu dirakam keterangan berhubung ugutan dan ancaman terhadap pempengaruh media sosial, Rajeswary atau lebih dikenali sebagai Esha di media sosial TikTok.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, rakaman percakapan itu diambil bagi membantu siasatan berhubung laporan dibuat mangsa pada Rabu, sebelum mangsa ditemui meninggal dunia keesokan harinya.

Iklan
Iklan

"Siasatan masih dijalankan dan setakat ini sembilan saksi termasuk ahli keluarga mangsa sudah dirakam keterangan.

"Namun begitu, masih tiada tangkapan baharu dibuat," katanya pada Selasa.

Iklan

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang wanita tempatan ditahan bagi membantu siasatan berhubung ugutan terhadap Rajeswary yang ditemukan meninggal dunia di rumahnya pada Khamis.

Pihak polis menerima laporan jam 4.13 petang pada Rabu daripada seorang lelaki berusia 39 tahun berhubung ugutan diterima mangsa itu di aplikasi TikTok.

Iklan

Laporan dibuat berhubung dua akaun TikTok iaitu 'Dulal Brothers' dan 'Alphaquinnsha' mengenai fitnah serta ugutan terhadap Rajeswary.

Ahmad Sukarno berkata, kedua-dua akaun TikTok terbabit menggunakan gambar Rajeswary sebagai latar belakang kandungan video yang dimuat naik ke akaun media sosial suspek.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!