[VIDEO] 'Serangan Balai Polis Ulu Tiram bukti bahaya budaya mengkafir'

Iklan
Saifuddin. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor menjadi bukti jelas bahayanya tindakan mengkafirkan pihak lain.

Menurutnya, hasil soal siasat ke atas ahli keluarga suspek lelaki yang menyerang balai polis berkenaan mendapati mereka juga tidak bercampur dengan masyarakat kerana didakwa tidak mempunyai akidah yang sempurna.

Iklan
Iklan
Saifuddin. Foto Bernama

"Apabila kita soal siasat keluarga suspek, jiran dia, mak ayah dia, kita dapati mak ayah dia tidak pergi melawat ibu bapanya (datuk dan nenek suspek) meninggal dunia kerana mereka kata kafir sebab sembahyang di masjid kerajaan.

"Penyerang (suspek) dan adik-beradiknya juga tidak pergi ke sekolah sebab sekolah kerajaan kafir. Jadi, bila kefahaman begitu, dia anggap bahawa akidah dia sahaja yang sempurna, orang lain kafir.

Iklan

"Maka, tidak pelik lah keluarga ini mewajarnya tindakan seperti itu (benarkan suspek serang balai polis). Keluarga mereka tidak bercampur dengan masyarakat, tidak pergi masjid, surau.

"Keadaan inilah sebenarnya yang kita perlu bendung, perbuatan kafir-mengkafir ini sangat bahaya dalam kehidupan di negara kita,” katanya di Dewan Rakyat di sini pada Selasa.

Iklan

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun) mengenai langkah-langkah diambil kerajaan untuk menghadapi ancaman pengganas di negara ini.

Sinar Harian pada 19 Jun lalu melaporkan, lima ahli keluarga suspek kes serangan Balai Polis Ulu Tiram, Johor yang mengorbankan dua anggota polis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas sembilan pertuduhan termasuk menggalak dan menanam ideologi Daesh.

Tertuduh terdiri daripada Radin Imran Radin Mohd Yassin, 62 tahun; isterinya, Rosna Jantan, 59 tahun yang juga warga Singapura dan tyiga anak mereka radin Romyullah, 34, Farhah Sobrina, 23 dan Mariah, 11.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!