Amanah tawaduk terima keputusan PRK Sungai Bakap - Mat Sabu

Iklan
Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (Amanah) menerima keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap dengan penuh tawaduk dan akan berusaha mengukuhkan sokongan rakyat kepada Kerajaan Perpaduan.

Presidennya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kesepaduan jentera antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) juga perlu diperkukuh bagi menghadapi pilihan raya yang mendatang terutamanya Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Iklan
Iklan

"Amanah menghormati keputusan PRK Sungai Bakap dengan penuh tawaduk bahawa usaha berterusan akan digerakkan Amanah bagi mengukuhkan sokongan rakyat kepada Kerajaan Perpaduan.

"Amanah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua petugas parti di semua peringkat yang telah memberikan komitmen yang cukup jitu sepanjang tempoh berkempen," katanya dalam kenyataan ringkas pada Selasa.

Iklan

Pada Ahad lepas, Perikatan Nasional (PN) mengekalkan status quo di Sungai Bakap selepas calonnya, Abidin Ismail menang dengan majoriti 4,267 undi menewaskan calon PH, Dr Joohari Ariffin.

PRK Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandangnya sebelum ini Nor Zamri Latiff, yang juga Yang Dipertua Pas Nibong Tebal, pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut. - Bernama

Iklan

*Dapatkan liputan komprehensif sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap di sini!.