Wanita nyaris maut dihempap kayu balak

Iklan
Seorang wanita nyaris maut apabila motosikal ditunggangnya dihempap kayu balak dalam kejadian di Persimpangan Bendahara Jalan Gua Musang-Kuala Krai pada Selasa. Foto ihsan pembaca

GUA MUSANG - Seorang wanita nyaris maut apabila motosikal yang ditunggangnya dihempap kayu balak dalam kejadian di Persimpangan Bendahara Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini pada Selasa.

Kejadian jam 11.23 pagi itu berlaku apabila lori membawa muatan kayu balak terbabit terbalik ketika mengambil selekoh.

Lori membawa muatan kayu balak terbalik ketika mengambil selekoh.

Iklan
Iklan

Difahamkan semasa kejadian, mangsa, Siti Norelyana Kamaruzan, 21, dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Bandar Utama Gua Musang.

Mangsa yang mengalami kecederaan telah dirawat di Hospital Gua Musang.

Keadaan di lokasi kejadian di Persimpangan Bendahara Jalan Gua Musang-Kuala Krai. Foto ihsan pembaca

Iklan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!