KPDN perluas Ops Tiris 3.0 ke Pulau Ketam

Iklan
Penguat kuasa KPDN Selangor menjalankan pemeriksaan pematuhan operasi terhadap peniaga di Pulau Ketam pada Selasa.

KLANG - Operasi bersepadu Ops Tiris 3.0 diperluas ke Pulau Ketam yang menjadi tarikan pelancongan serta aktiviti perniagaan restoran makanan laut dan peruncitan.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor, Mohd Zuhairi Mat Radey berkata, pemeriksaan dijalankan terhadap premis perniagaan dan bot-bot nelayan yang terlibat dengan penggunaan barang kawalan berjadual jenis bahan api diesel.

Iklan
Iklan

Menurutnya, operasi itu dijalankan bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan De Metrology Sdn Bhd serta 20 anggota penguat kuasa KPDN.

Pemeriksaan dijalankan terhadap premis perniagaan dan bot-bot nelayan yang terlibat dengan penggunaan barang kawalan berjadual jenis bahan api diesel.

"Operasi menfokuskan pematuhan penandaan harga, pemilikan dokumen sah, penggunaan alat timbang sukat, harga maksimum runcit seperti minyak masak, gula, tepung gandum, petrol, diesel dan gas cecair petroleum (LPG).

Iklan

"Pemeriksaan fizikal turut diberi perhatian sangkar ikan dan bot-bot nelayan bagi memastikan etika kawalan keselamatan penggunaan bahan api diesel diurus dengan baik,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Pemeriksaan di pulau terpencil itu sebagai isyarat kepada masyarakat bahawa KPDN bersama agensi penguatkuasaan strategik komited melaksanakan pemantauan secara holistik termasuk di penempatan kepulauan dan perairan.

Ujarnya, pemeriksaan di pulau terpencil itu sebagai isyarat kepada masyarakat bahawa KPDN bersama agensi penguatkuasaan strategik komited melaksanakan pemantauan secara holistik termasuk di penempatan kepulauan dan perairan.

Pulau Ketam menjadi tumpuan Ops Tiris 3.0 KPDN Selangor.

Iklan

"Perkara ini selaras dengan objektif penguatkuasaan di bawah Ops Tiris 3.0 untuk memastikan urus niaga khususnya melibatkan barang kawalan berjadual bersubsidi dijalankan secara beretika.

"Tidak ada ruang ketirisan atau penyelewengan oleh pihak tidak bertanggungjawab kerana merugikan penduduk setempat yang sepatutnya mendapat manfaat daripada bekalan dan harga barangan bersubsidi," katanya.

Pada masa sama beliau mengingatkan individu atau syarikat terlibat untuk sentiasa mematuhi perundangan yang telah ditetapkan di bawah bidang kuasa KPDN untuk mengelak dikenakan tindakan penguatkuasaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!