Bincang hala tuju depani cabaran ekonomi

Iklan
Abdul Fattah (tengah) ketika sidang media Kongres Koperasi Kebangsaan 2024 di WTC di sini pada Selasa.

KUALA LUMPUR - Kongres Koperasi Kebangsaan 2024 akan menjadi medan untuk koperasi negara membincangkan isu, inisiatif serta hala tuju baharu dalam memperkasakan peranan gerakan berkenaan membantu kerajaan dan mendepani cabaran semasa.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah berkata, kongres itu merupakan platform untuk menyelaras semula strategi koperasi supaya ia menjadi penyumbang utama pembangunan ekonomi sosial negara.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kongres akan diadakan pada 25 dan 26 Julai depan akan menekankan empat aspek antaranya identiti, akta peraturan serta tatakelola, pendidikan modal insan dan daya saing perniagaan koperasi.

"Sejak kali terakhir kongres koperasi diadakan 53 tahun lalu, pelbagai perubahan dalam landskap ekonomi negara dan global telah berlaku.

Iklan

"Pembaharuan perlu dilaksanakan dengan segera supaya gerakan koperasi mampu untuk terus relevan dan berdaya saing dalam pasaran terbuka,” katanya ketika sidang media Kongres Koperasi Kebangsaan 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini pada Selasa.

Dalam pada itu, Abdul Fattah memaklumkan penyelarasan semula pelan strategik akan dapat membantu lebih 15,000 koperasi dengan 7.2 juta keanggotaan khususnya rakyat secara umum.

Iklan

Sementara itu, beliau memberitahu gerakan koperasi secara keseluruhan telah berjaya melangkaui sasaran perolehan oleh kerajaan sebanyak RM60 bilion menjelang 2025 dengan jumlah sebanyak RM64.6 bilion disumbangkan berakhir tahun 2023.

"Perkara ini secara tidak langsung menunjukkan kemampuan koperasi untuk kekal relevan dan berdiri teguh walaupun berdepan dengan kesan pandemik dan ketidaktentuan ekonomi yang telah melumpuhkan banyak perusahaan.

"Bagaimanapun atas sokongan dan usaha pemimpin serta anggota, koperasi terus bergerak ke hadapan serta berjaya melangkaui sasaran ditetapkan kerajaan,” ujarnya.

Pada masa sama, Abdul Fattah berkata, kongres tersebut turut melihat kepada sistem sokongan kewangan daripada pihak kerajaan bagi memastikan koperasi mempunyai akses kepada dana yang mencukupi.

Jelasnya, ia termasuk pembiayaan, geran dan insentif yang dapat membantu koperasi berkembang serta bersaing dalam ekonomi mencabar.

"Pelaksanaan kongres ini melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan serta pemegang taruh yang dijemput khas menerusi beberapa sesi libat urus (SLU) yang telah diadakan oleh Angkasa bermula Februari lalu.

"Resolusi hasil daripada kongres ini akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Perasmian Penutup pada 26 Julai depan,” katanya.