SHAH ALAM - Semua institusi pendidikan di bawah kendalian Majlis Amanah Rakyat (Mara) telah menerima lebih 100 peratus permohonan pada tahun ini.
Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, orang ramai yang telah membuat permohonan diharapkan tidak menolak sebarang tawaran pengajian daripada pihak Mara.
"Alhamdulillah semua institusi pendidikan Mara baik GiatMara, Institut Kemahiran Mara (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Kolej Poly-Tech Mara (KPTM), Koleh Mara (KM) dan Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) menerima lebih 100 peratus permohonan tahun ini.
"Harap jangan ada yang tolak lebih-lebih lagi atas alasan kewangan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Selasa.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!