'Jual' bos, rakan sekerja untuk hilangkan tekanan

Iklan
Pekerja menyenaraikan majikan, rakan sekerja dan kerja mereka untuk dijual di platform e-dagang terpakai, Xianyu. Gambar hiasan

BEIJING - Semua bidang pekerjaan ada tekanan masing-masing.

Bagi mengatasi masalah itu, golongan muda profesional di China telah menggunakan kaedah unik untuk meredakan 'work smell'.

Iklan
Iklan

Ia kini telah menjadi trend apabila pekerja menyenaraikan majikan, rakan sekerja dan kerja mereka untuk dijual di platform e-dagang terpakai, Xianyu.

Difahamkan, 'work smell' merujuk kepada keletihan mental dan fizikal selepas penat bekerja sepanjang hari.

Iklan

Menurut South China Morning Post (SCMP), senarai di laman web itu termasuk 'bos yang menjengkelkan', 'kerja yang teruk', 'rakan sekerja dibenci' yang 'dijual' pada harga 34,400 yuan (RM22,270) hingga 77,400 yuan (RM50,107).

"Saya boleh ajar anda cara untuk berurusan dengannya selain menawarkan 10 tips untuk mengelakkan diri menjadi 'kambing hitam' di pejabat," ujarnya.

Iklan

Seorang lagi profesional menyenaraikan 'bos yang teruk' untuk harga serendah 500 yuan (RM323) kerana sering dikritik majikan hingga menyebabkannya mengalami tekanan mental.

Senarai tersebut sebenarnya adalah untuk tujuan jenaka semata-mata malah penjual juga akan memastikan iklan tersebut tidak melibatkan sebarang transaksi.

"Penjual biasanya akan membatalkan urus niaga apabila ada individu yang mengambil serius dan berminat untuk mendapatkan 'produk' tersebut," jelas laporan SCMP lagi.

Seorang penjual mendakwa dia pernah menawarkan bayaran balik.

"Saya terus memadamkan senarai itu untuk elakkan kekeliruan. Platform itu adalah cara untuk melepaskan tekanan. Saya lihat ramai yang 'menjual' kerja mereka di Xianyu dan ia agak menarik untuk dicuba.

"Menjual kerja saya yang tiada cuti hujung minggu pada harga 9.9 yuan (RM6.40) seperti tindakan balas dendam yang kecil," jelasnya. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!