Pesawat United Airlines mendarat cemas selepas roda tercabut

Iklan
Pesawat United Airlines mendarat cemas di Denver selepas roda tercabut semasa berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles. Foto hiasan 123RF

LOS ANGELES - United Airlines berkata ia sedang menyiasat bagaimana roda pesawat Boeing 757-200 tercabut semasa berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles pada Isnin sebelum mendarat dengan selamat di Denver, lapor United Press International (UPI).

Penerbangan United 1001 yang membawa 174 penumpang dan tujuh anak kapal, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver tanpa sebarang insiden selepas melakukan pendaratan kecemasan.

Iklan
Iklan

Kru telah menemukan roda yang tercabut dari bahagian belakang pesawat di Los Angeles.

Juruterbang lain menghubungi kawalan trafik udara untuk memaklumkan bahawa roda pesawat itu bergolek di landasan selepas pesawat United berlepas.

Iklan

Ini merupakan kali kedua dalam tahun ini penerbangan United Airlines berhadapan dengan masalah tayar tercabut.

Pada Mac, tayar pesawat Boeing 777 United tercabut semasa berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco ke Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles.

Iklan

Walaupun pesawat itu mendarat dengan selamat di Los Angeles, tayar yang tercabut itu merosakkan banyak kenderaan di tempat letak kereta di San Francisco. - Bernama-UPI

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!