Penunggang motosikal hilang jatuh jambatan

Iklan
Pasukan penyelamat masih mencari mangsa yang dikhuatiri hilang selepas terjatuh di Jambatan Secondlink pada awal pagi Rabu. Foto BBP Iskandar Puteri

ISKANDAR PUTERI - Seorang penunggang motosikal dikhuatiri hilang selepas terjatuh di Jambatan Secondlink menghala ke Singapura pada awal pagi Rabu.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Ishak Noh berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.17 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, satu pasukan keluaran operasi melibatkan satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dengan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri telah dihantar ke lokasi.

"Setibanya di lokasi, mangsa dipercayai sudah terjatuh dan hanya terdapat sebuah motosikal ditinggalkan di atas jambatan.

Iklan

"Buat masa ini, kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang dijalankan," katanya.

Difahamkan, setakat ini, pihak bomba masih belum menemui mangsa.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!