MARANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa institusi penyelidikan negara atau negeri supaya bekerjasama dengan universiti dan sektor swasta bagi meneroka serta memperkembangkan bidang baharu yang dapat dimanfaatkan rakyat.
Anwar berkata, kerjasama itu penting kerana Malaysia masih jauh ketinggalan dalam bidang penyelidikan berbanding negara lain seperti Brazil, India, China, Turkiye dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang lebih maju dan memberi tumpuan dalam bidang baharu.
Memberi contoh Mohamed bin Zayed University of Artificial Intelligence di Abu Dhabi, UAE, Anwar berkata, universiti berkenaan telah memfokuskan kepada teknologi kecerdasan buatan (AI).
"Jadi kita mengambil pendekatan menyegerakan pelaksanaan Fakulti Kecerdasan Buatan di Universiti Teknologi Malaysia dan rangkaiannya dengan semua universiti yang mempunyai AI.
"Itu sebagai contoh bagaimana harus ada usaha untuk menyegerakan penerokaan bidang baharu,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Loji Janakuasa Solar Hibrid Cypark di Cypark Solar Merchang, di sini hari ini.
AKAN MENYUSUL