Argentina selangkah pertahankan kejuaraan

Iklan
Messi (tengah) meledak satu gol ketika memacu Argentina mara ke final Copa America selepas menewaskan Kanada 2-0 dalam aksi separuh akhir pada Rabu. Foto EPA

ARGENTINA berada di landasan terbaik merangkul tiga gelaran utama setelah mara ke perlawanan akhir selepas menumpaskan Kanada 2-0 dalam aksi separuh akhir Copa America 2024 pada Rabu.

Skuad juara bertahan dan gelaran dunia 2022 yang diraih di Qatar itu akan membuat perhitungan dengan pemenang satu lagi aksi separuh akhir antara Colombia dan Uruguay pada Khamis.

Iklan
Iklan

Malah kemenangan tersebut disifatkan oleh pemain bintang Argentina, Lionel Messi sebagai kerja gila kerana beraksi di pentas final dalam tiga kejohanan berturut-turut.

Pemain berusia 37 tahun itu meledak gol pertamanya pada kejohanan kali ini setelah Julian Alvarez membuka tirai jaringan pada minit ke-22.

Iklan

Juara Copa 15 kali itu menampilkan aksi terbaik dalam kejohanan di depan kira-kira 82,500 penonton di Stadium MetLife sama seperti ketika menang Piala Dunia 2022 semasa skuad berkenaan mencapai kemuncak pada saat yang sempurna.

"Saya menjalani perkara ini seperti yang saya lalui ketika Copa America edisi lalu dan dalam Piala Dunia yang lepas. Ini adalah pertempuran terakhir dan saya menikmatinya sebaik mungkin,” kata Messi.

Iklan

Kemenangan itu meletakkan skuad kendalian Lionel Scaloni tersebut selangkah untuk meraih gelaran Copa America ke-16.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!