Kelantan teliti dakwaan pelajar hisap vape dicampur dadah

Iklan
Mohamed Fadzli (enam dari kanan) menghadiri Majlis Penutup Kelantan Internasional Conference 2024 (KelMIC2024) pada Rabu.

KOTA BHARU - Kerajaan negeri akan berbincang dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) berkaitan dakwaan pelajar mengambil vape atau peranti rokok elektronik yang dicampur dengan dadah sintetik dikenali 'magic mushroom'.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, beliau akan melihat semula dakwaan berkenaan dan mengambil tindakan sewajarnya.

Iklan
Iklan

"Ya, saya akan melihat semula dan berbincang dengan JPN," katanya ringkas ketika ditanya mengenai perkara itu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Penutup Kelantan Internasional Conference 2024 (KelMIC2024) di sini pada Rabu.

Iklan

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Media sebelum ini melaporkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution pada Persidangan Dewan Rakyat memaklumkan kajian Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) terdapat 65 daripada 152 pelajar di Kelantan dikesan terlibat dalam salah guna dadah dengan mencampurkan cecair vape dan 'magic mushroom'.

Iklan

Menurut Saifuddin, penemuan awal oleh penyelidik dari HUSM yang membentangkan kajian ketika program Majlis Tindakan Negeri Kelantan baru-baru ini, jauh lebih menggerunkan berikutan jumlah besar itu.

Katanya lagi, perkara itu lebih teruk daripada methamphetamine dan syabu yang boleh mengganggu emosi dan fizikal.

Bagaimanapun, Saifuddin memuji kerajaan Kelantan kerana pada akhir pembentangan itu, kerajaan bersetuju memberikan geran supaya HUSM meneruskan lagi penyelidikan mereka.

"Ini langkah yang terpuji yang patut dicontohi kerana memerangi dadah tidak kenal batas politik," katanya.

Beliau turut menyebut, Agensi Antidadah Kebangsaan dan Pusat Pemulihan Dadah Kebangsaan mencatatkan sebanyak 71 peratus daripada 145,000 penagih terlibat dadah sintetik pada tahun 2023.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!