Polis, SKMM giat buru 'penyamar' TikTok Raja Muda Selangor

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Selasa.

SHAH ALAM - Polis sedang mengesan pemilik akaun palsu TikTok dengan menggunakan gambar profil dan nama Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam usaha mengesan pemilik akaun TikTok palsu itu.

Iklan
Iklan

"Pada masa sama, kita telah meminta SKMM untuk menurunkan dan menyekat antara lima atau enam pautan yang terlibat," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Anak Syurga bersama Al- Kauthar Eduqids di sini, pada Rabu.

Pada Selasa, media melaporkan, polis telah menerima laporan berhubung akaun TikTok yang menggunakan gambar profil dan nama Raja Muda Selangor.

Iklan

Hussein memaklumkan, laporan itu dibuat Istana Selangor selepas mendapati akaun TikTok tersebut bukan milik Raja Muda Selangor dan disahkan adalah palsu.

Jelasnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!