Speaker ada tempoh hingga esok umum kekosongan kerusi DUN Selat Klang

Iklan
Mohamed Sukri

SHAH ALAM - Pemuda Pas Selangor mendesak Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Lau Weng San agar tidak lagi melengah-lengahkan masa bagi memutuskan status kekosongan kerusi DUN Selat Klang.

Ketuanya, Mohammed Sukri Omar berkata, Speaker mempunyai tempoh 21 hari untuk membuat keputusan penting ini selaras dengan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor Fasal 65 (3).

Iklan
Iklan

Menurutnya, undang-undang itu juga menyebut, apabila Speaker Dewan menerima notis bertulis daripada mana-mana Ahli Dewan Negeri mengenai berlakunya kekosongan luar jangka dalam kalangan Ahli Dewan Negeri di bawah Perkara ini, Speaker Dewan hendaklah memastikan bahawa berlakunya kekosongan luar jangka itu dan memberitahu Suruhanjaya Pilihan Raya sewajarnya dalam tempoh 21 hari dari tarikh dia menerima notis bertulis itu.

"Jika dikira, Speaker hanya mempunyai tempoh hingga Khamis (11 Julai) untuk menentukan status kerusi DUN Selat Klang.

Iklan

"Jika tidak umumkan, proses mahkamah terpaksa diambil untuk menentukan status kerusi tersebut," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Mohammed Sukri berkata, usaha menghantar notis kekosongan tersebut telah dibuat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Azmin Ali bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Ramal, Shafie Ngah pada 21 Jun lalu.

Iklan

Soalnya, apakah yang menjadi halangan kepada Speaker untuk mengosongkan kerusi Selat Klang sedangkan ADUN Selat Klang tersebut secara jelas telah melanggar Perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia menyebabkan keahliannya terhenti serta-merta.

"Keadaan ini menyebabkan beliau wajib mengosongkan kerusinya selaras Akta Anti-Lompat Parti yang telah digazetkan," katanya.

Dalam pada itu, Pemuda Pas Negeri Selangor juga mendesak Speaker agar segera mengosongkan kerusi DUN Selat Klang dan menyerahkan semula mandat kepada rakyat untuk menentukan wakil rakyat baharu bagi menggantikan Datuk Abdul Rashid Asari yang mengkhianati mandat rakyat untuk rakyat memilih.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!