DUN Perak lulus usul wujud enakmen baharu kawal haiwan berkeliaran

Iklan
Usul yang dicadangkan wakil rakyat kerajaan, Koo Haai Yen (PH-Keranji) itu dipersetujui sebulat suara oleh semua ADUN.

IPOH - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada Rabu meluluskan usul cadangan mewujudkan Enakmen atau Peraturan Baharu Berkaitan Pengawalan Haiwan-haiwan Berkeliaran negeri itu.

Usul yang dicadangkan wakil rakyat kerajaan, Koo Haai Yen (PH-Keranji) itu dipersetujui sebulat suara oleh semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang bersidang termasuk wakil rakyat pembangkang.

Iklan
Iklan

Turut dipersetujui pembentukan sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan Yang Dipertua Dewan bersama Timbalan Yang Dipertua dan enam anggota Dewan bagi membolehkan perkara itu dibincangkan secara terperinci.

Speaker DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Khalid ketika meluluskan usul berkenaan berkata, jawatankuasa tersebut selanjutnya akan menggerakkan cadangan mengenai peraturan baharu itu dan memantau proses penggubalannya sehinggalah tersedia untuk dibentangkan dalam Dewan.

Iklan

Haai Yen ketika menggulung perbahasan cadangan berkenaan berkata, cadangan mewujudkan enakmen baharu tersebut bukan bermaksud mahu menyusahkan penternak.

Beliau berkata, sebelum ini memang ada usaha daripada kerajaan terdahulu untuk menangani masalah haiwan merayau, namun belum ada apa-apa enakmen khusus yang telah digubal untuk mengawal haiwan merayau.

Iklan

Katanya, Jawatankuasa Penyelarasan Penangkapan AnjingTerbiar/Haiwan Merayau yang ditubuhkan semasa pemerintahan Perikatan National adalah satu jawatankuasa executive di bawah Exco.

"Sementara itu jawatankuasa yang dicadangkan saya adalah ditubuhkan dibawah legislative ataupun di bawah Dewan dan dipengerusikan Yang Dipertua dengan tujuan menggubal enakmen atau peraturan baharu.

"Ini merupakan dua jawatankuasa yang berbeza," katanya.

Perbahasan usul tersebut melibatkan tiga ADUN kerajaan iaitu Ishsam Shahruddin (BN-Ayer Kuning), Steven Tiw Tee Siang (PH-Tronoh), Wong May Ing (PH-Pantai Remis) dan tiga ADUN pembangkang, Datuk Zainol Fadzi Paharudin (PN-Sungai Manik), Rosli Abdul Rahman (PN-Pasir Panjang) dan Hafez Sabri (PN-Manjoi).

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!