Loji Janakuasa Solar Hibrid Cypark

Iklan
Loji Janakuasa Solar Hibrid Cypark di Cypark Solar Merchang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

Projek LSS3 Merchang, Cypark yang menjadi inovator dalam industri tenaga hijau Malaysia turut mengendalikan projek LSS2 Danau Tok Uban (DTU) Cypark, iaitu loji solar terapung terbesar di Malaysia yang dijadualkan beroperasi pada suku ketiga tahun ini.

Cypark, syarikat bumiputera yang memiliki pengalaman selama 25 tahun dalam bidang tenaga boleh baharu merupakan peneraju dan pelopor industri solar di Malaysia.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Bermula pada 2012, Cypark menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak termasuk Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan rangkaian bank dalam negara untuk merancang infrastruktur tenaga dan pembiayaan sesuai bagi mengurus sumber tenaga baharu yang dijana daripada tenaga matahari.

Pada 2015 Cypark yang memiliki 212 kakitangan muncul sebagai pelopor industri Waste-to-Energy (WTE), sekali gus menjadi satu-satunya pengendali loji WTE di negara ini.