18 maut,19 cedera bas bertembung lori susu

Iklan
Keadaan bas remuk selepas terlibat kemalangan. Foto Agensi.

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya 18 orang terkorban dalam kemalangan membabitkan bas dan sebuah lori yang membawa muatan susu di Uttar Pradesh, India pada Rabu.

Kemalangan berlaku sekitar jam 5.15 pagi waktu tempatan di Lebuhraya Agra-Lucknow di daerah Unnao, kira-kira 480 kilometer dari New Delhi.

Iklan
Iklan

Bas itu dilaporkan dalam perjalanan dari Bihar ke New Delhi, menurut laporan media tempatan.

"Sebuah bas persendirian dari Motihari, Bihar bertembung dengan lori yang membawa muatan susu.

Iklan

"Seramai 18 orang maut dan 19 lagi cedera dalam kemalangan ini," kata pegawai daerah Unnao, Gaurang Rathi.

Sementara itu, 22 lagi penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Iklan

Visual di lokasi kejadian memaparkan keadaan bas yang remuk dan mayat penumpang serta serpihan kemalangan berselerak di atas jalan. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!