Status ADUN Selat Klang: Speaker masih belum buat keputusan

Iklan
Weng San (kiri), Abdul Rashid

SHAH ALAM - Status kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selat Klang yang disandang Datuk Abdul Rashid Asari masih terletak pada keputusan Speaker DUN, Lau Weng San.

Weng San ketika dihubungi Sinar Harian berkata, masih belum ada sebarang keputusan dibuat berhubung perkara itu sehingga Rabu.

Iklan
Iklan

"Masih belum ada keputusan," ujarnya mengulas mengenai kedudukan Abdul Rashid selepas permohonan Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya kerusi DUN Selat Kelang dikosongkan pada 21 Jun lalu.

Difahamkan Speaker DUN Selangor mempunyai tempoh 21 hari untuk membuat keputusan selepas menerima notis bertulis daripada mana-mana ADUN mengenai berlakunya kekosongan luar jangka dalam kalangan ADUN.

Iklan

Terdahulu, Rashid digugurkan keahlian oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas menyatakan sokongannya kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Dalam perkembangan berasingan, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menolak permohonan parti itu supaya kerusi enam ahli Parlimennya yang berpaling tadah dikosongkan.

Iklan

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh memaklumkan perkara itu menerusi sidang akhbar khas di Parlimen berkata, keputusan tersebut diterima Ketua Whip Bersatu, Datuk Seri Ronald Kiandee yang juga Ahli Parlimen Beluran pada petang Selasa.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!