Elak dicekup, pekerja restoran warga asing menyamar pelanggan

Iklan
Antara pekerja warga asing yang diperiksa dalam serbuan dekat sebuah restoran makanan Asia Selatan dekat Bukit Bintang di sini pada Selasa.

KUALA LUMPUR - Taktik warga asing yang menyamar sebagai pelanggan terbongkar ketika serbuan dijalankan di sebuah restoran makanan Asia Selatan, dekat Bukit Bintang di sini pada Selasa.

Pemeriksaan dijalankan kemudiannya mendapati beberapa individu terbabit merupakan pekerja di restoran itu.

Iklan
Iklan

Pengarah Jabatan Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, serbuan dijalankan kira-kira jam 9.45 malam berdasarkan aduan serta hasil risikan.

"Seramai tujuh lelaki warga Pakistan serta dua lelaki warga Bangladesh berumur antara 24 hingga 38 tahun ditahan dan semakan mendapati mereka merupakan pekerja di restoran berkenaan," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Iklan
Serbuan dijalankan berdasarkan aduan serta hasil risikan.

Katanya, siasatan mendapati kesemua tangkapan tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah.

"Kes disiasat di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

Iklan

"Kesemua yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Bukit Jalil untuk tindakan lanjut," katanya.

Menurutnya, tindakan tegas turut boleh diambil terhadap majikan di bawah Seksyen 55B 55B Akta Imigresen 1959/63 kerana menggajikan pekerja warga asing yang tidak memiliki pas yang sah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!