BAGAIKAN mimpi, Dira akan menyayangi anaknya itu seperti mana anak kandungnya, Tengku Anggun Deandra, 12, hasil perkahwinan dengan vokalis kumpulan Bau, Ash atau Tengku Shafriz Rullah pada 2007 dan bercerai pada 2011.
"Lama kami tunggu, doa tak putus- putus... Usaha tak kenal penat. Tiga bulan lepas awak muncul... Macam magik.
"Tup tup ALLAH SWT bisik, ini saya punya... Tak nak fikir pasal ada masa ke tak. Tak nak sebut pasal kerja banyak ke tak. Tak nak tahu pasal mampu ke tak... Yang kami tahu, awak rezeki kami, awak kegembiraan kami yang paling terindah Sampai ke syurga.
"Terima kasih atas kesudian untuk bersama dengan kami, Waris. Awak adalah lelaki paling kacak kami pernah jumpa. Alhamdulillah, dapat hidup bersama. Insya-ALLAH," kata Dira di Instagramnya.
Rata-rata netizen yang terkejut diatas pengumuman itu ternyata gembira dan mengucapkan tahniah kepada Dira dan keluarga.
Terdahulu, Dira pernah berkahwin dengan pengarah Helmi Yusof pada 11 November 2011 dan berpisah pada tahun 2016 namun pasangan ini tidak dikurniakan anak.