Tiga kenderaan musnah terbakar

Iklan
Anggota Bomba dan Penyelamat memadamkan kebakaran kenderaan di kawasan parkir Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Gombak, Taman Melati, di sini, pada Rabu.

GOMBAK - Tiga kenderaan musnah dalam kebakaran di kawasan parkir di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Gombak, Taman Melati, di sini, pada Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 3.47 petang.

Iklan
Iklan

"Seramai lapan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh 11 kilometer," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Ahmad Mukhlis berkata, setibanya di lokasi, anggota bomba mendapati kebakaran di tingkat tiga kawasan parkir itu melibatkan sebuah kereta Proton Persona musnah 40 peratus dan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda CRV serta kereta Toyota Vios masing-masing musnah lima peratus.

Iklan

"Kejadian itu tidak melibatkan mangsa, punca kebakaran masih dalam siasatan," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan