Enam bekas MP Bersatu kekal wakil rakyat tak jamin kestabilan politik - Shahrir

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Rabu. Gambar kecil: Shahrir

SHAH ALAM - Keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengekalkan enam bekas Ahli Parlimen Bersatu sebagai wakil rakyat tidak menjamin kestabilan politik, kata veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad.

Shahrir berkata, ini kerana ketika ini tidak ada perkara yang boleh menghalang pertukaran sokongan tanpa meninggalkan parti.

Iklan
Iklan

"Bagaimana sebaliknya? Iaitu menarik sokongan dari Ketua Dewan tanpa keluar parti sendiri. Keputusan ini tidak menjamin kestabilan politik," katanya menerusi laman Facebook pada Rabu.

Terdahulu, Bersatu mengesahkan enam bekas ahli Parlimennya kekal sebagai wakil rakyat selepas Johari memaklumkan tidak berlaku kekosongan kerusi mereka.

Iklan

Perkara itu dinyatakan Johari menerusi surat bertarikh 9 Julai.

Perkembangan itu dimaklumkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam sidang media di Dewan Rakyat pada Rabu.

Iklan

Tambah Shahrir, keputusan yang dibuat tanpa prinsip berkemungkinan akan berlaku pada diri sendiri.

"Apabila keputusan dibuat bukan kerana prinsip tetapi atas kepentingan sendiri dan kepentingan semasa, jangan terperanjat apabila keadaan yang sama boleh terkena kepada diri sendiri," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!