Datuk Seri ditahan disyaki buat tuntutan palsu RM150,000

Iklan
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR - Seorang penasihat strategik kewangan bergelar Datuk Seri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki mengemukakan tuntutan mengandungi butir matan palsu bagi tujuan kerja-kerja penggabungan syarikat bernilai kira-kira RM150,000.

Sumber SPRM memaklumkan lelaki berusia 50-an itu ditahan jam 5 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM dan direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 12 Julai depan.

Iklan
Iklan

"Suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada 2022 dengan membuat tuntutan palsu bagi perkhidmatan korporat penggabungan dua entiti syarikat sedangkan perkhidmatan tersebut tidak dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sementara itu Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. - Bernama

Iklan

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!