'Pembangkang bukan tidak diberi peruntukan tapi dalam proses' - Suhaizan

Iklan
Suhaizan (kanan) semasa program Wacana Sinar edisi 447 bertajuk “Nak Peruntukan Kena Lari?” yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Rabu. FOTO: SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat menafikan dakwaan bahawa peruntukan bagi Parlimen Muar atau mana-mana ahli Parlimen pembangkang diabaikan oleh Kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata, sebagai negara demokrasi peruntukan yang akan disalurkan kepada pembangkang mesti melalui proses sepertimana dinyatakan oleh oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Iklan
Iklan

Katanya, dimaklumkan proses itu sudah ada perbincangan, namun masih belum dimuktamadkan.

"Bukan tidak diberi tetapi akan dimuktamadkan dalam rundingan. Kalau kata tiada peruntukan itu salah, insya-ALLAH tidak lama lagi akan dapat.

Iklan

"Dalam kes Muar ini saya kira kerajaan sekarang hampir memuktamadkan. Jadi dalam perbincangan dalam blok pembangkang nanti boleh dimasukkan terma-terma yang disebutkan Muar agar dapat dilaksanakan," ujarnya.

Suhaizan (kanan) semasa program Wacana Sinar edisi 447 bertajuk"Nak Peruntukan Kena Lari?” yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Rabu. FOTO: SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID

Beliau berkata demikian dalam Wacana Sinar edisi 447, Nak Peruntukan Kena Lari? yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini pada Selasa.

Iklan

Program itu dihoskan Ismail Adnan dan turut menampilkan dua panelis lain iaitu Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Pengurus Kanan, Advokasi dan Program Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Aira Azhari.

Tambah beliau, sebenarnya peruntukan semuanya diberikan sama ada di kawasan pembangkang mahupun kerajaan.

"Muar atau Pulai dua-dua dapat sepertimana disebut Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof, daripada Januari hingga Jun peruntukkan RM 2.7 juta dikeluarkan untuk Parlimen Muar, namun kecederungan melalui agensi kerajaan seperti pejabat tanah, majlis perbandaran dan sebagainya.

"Dalam konteks itu agensi pelaksanaan ada cuma tidak serah kepada Ahli Parlimen Muar ketika ini. Bukan bermakna selama-lamanya," jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!