Skuad olahraga dalam kelas tersendiri di Surabaya-Malang 2024

Iklan
Skuad olahraga AUG 2024 negara tidak hanya melepasi sasaran pingat emas tetapi menambah tiga lagi medal tersebut di edisi Surabaya-Malang, Indonesia.

SKUAD olahraga negara melabuh tirai Sukan Universiti ASEAN (AUG) Surabaya-Malang 2024 dengan status cemerlang apabila tidak hanya mencapai sasaran 10 pingat emas ditetapkan sebaliknya menambah tiga lagi medal tersebut dari edisi ke-21.

Pengurus skuad olahraga ke temasya AUG Surabaya-Malang 2024, Muhamad Malik Ahmad Tobias berkata, pencapaian itu juga lebih baik dari edisi Ubon Ratchathani 2022 yang menyasarkan sembilan emas sebelum membawa pulang 11 medal tersebut.

Iklan
Iklan

"Kejutan di AUG Surabaya-Malang 2024 datang dari lompat tinggi daripada penuntut UKM Muhammad Aiman Syazuwan Abdullah penampilan pertama lepasi 2.10 meter (m) biarpun sasaran awal disandarkan kepada Farrell Glenn Felix Jurus.

"Selain itu, kuartet 4x100m lelaki dan wanita kita juga cemerlang di Surabaya-Malang, selepas sudah lama tidak dapat emas dalam acara ini

Iklan

"Namun semasa final dia berjaya melakukan lontaran 15.20 meter, 0.2m untuk pecah rekod kebangsaan selain itu atlet 1500m, Anas Ariffin juga PB menyerlah selain timing sebelum ini walaupun mendapat pingat perak," katanya.

Pada masa sama Malik mengakui skuad olahraga negara terlepas kilauan emas apabila gagal menyaingi pasukan tuan rumah, Indonesia yang menghantar atlet terkuat mereka yang berstatus dunia.

Iklan

"Barisan kejurulatihan telah melakukan analisis awal terhadap atlet-atlet pesaing utama dari luar negara seperti Thailand dan Vietnam.

"Namun skuad olahraga Indonesia, ternyata all out untuk meraih pingat emas yang kita tidak menjangkakan saingan sengit dari tuan rumah," katanya.

Mengulas persiapan skuad olahraga menjelang AUG Malaysia 2026, Malik mengakui persiapan awal perlu dilakukan segera bagi memastikan keputusan lebih baik dari edisi Ubon Ratchathani 2022 dan Surabaya-Malang 2024.

"Ya, skuad olahraga sudah semestinya akan ada strategi sebolehnya untuk full swing acara menerusi sukan yang kita miliki kelebihan bagi menambah lagi pingat.

"Selain itu, kita akan usaha adakan lebih banyak lagi pertandingan domestik bawah selian Kementerian Pendidikan Tinggi selain pendedahan luar negara dengan kerjasama Kesatuan Olahraga Malaysia.

"Bagi tujuan itu satu perbincangan dan post mortem di peringkat kementerian dan barisan jurulatih akan diadakan selepas ini bagi persediaan awal untuk AUG Malaysia 2026," katanya yang melihat Kejohanan Varsity Track and Field (VTF) pentas 'grooming' atlet Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) negara.

Mengulas mengenai insentif RM3,000 akan diberikan kepada pemenang pingat emas, RM2,000 (perak) serta RM1,500 (gangsa) seperti diumumkan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebelum ini, Malik percaya insentif itu juga merupakan antara dos penggalak untuk atlet tampil lebih cemerlang untuk demi negara di Surabaya-Malang 2024.

INFO

AUG Surabaya-Malang 2024

PB (Personal Best)

1. Anas Ariffin (3.54.65s)

2. Muhammad Aiman Syazuwan Abdullah (2.10m)

3. Sriven Tan (1.41:04s )

4.Rosita Lua Anak Jabing (1.60m)

SB (Season Best)

1. Mohd Rizzua Haizad Muhamad (13.94s)

2. Kamal Farhan A.Rahman (15.68m)

3. Nurul Ashikin Abas (5.89m)

4.Sadat Marzuqi Ajisan (59.18m)

5.Muhammad Azeem Fahmi (21.15s)

6.Muhammad Naufal Shahrul Afzam (5.00m)

7.Nani Sahirah Maryata (lontar peluru 15.20m), (lontar cakera 40.39m)

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!