Puad Zarkashi di planet lain?
Iklan
AHLI Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi rasanya duduk di planet yang lain. Kenyataan beliau bahawa sokongan orang Melayu tak akan pulih selagi Tuk Seri Bossku Najib"dinafikan hak” menggelikan hati.
Kata beliau lagi, Najib tidak mendapat perbicaraan yang adil. Beliau juga kata kekalahan PH di Sungai Bakap disebabkan ada defisit kepercayaan terhadap Kerajaan sekarang berpunca daripada apa yang berlaku pada Najib.