Seludup lebih 100 ular hidup dalam seluar

Iklan
Kastam China menunjukkan hasil rampasan reptilia tersebut. Foto Agensi

BEIJING - Seorang lelaki terkantoi apabila cuba menyeludup kira-kira 104 ekor ular hidup yang disumbatkan ke dalam seluarnya ke Tanah Besar China.

Pihak Berkuasa Kastam China pada Selasa memaklumkan pengembara tidak didedahkan identiti itu ditahan pegawai mereka ketika dia cuba menyelinap keluar dari bandar raya Hong Kong ke bandar sempadan Shenzhen.

Iklan
Iklan

"Setelah pemeriksaan dilakukan, lelaki itu didapati menyumbat enam beg kanvas bertali yang dibalut dengan pita pelekat ke dalam poket seluarnya. Setiap beg itu mengandungi pelbagai spesies, warna dan saiz ular," jelas kastam dalam satu kenyataan.

Menurutnya, sebahagian besar reptilia itu bukan spesies ular tempatan.

Iklan

"Individu yang didapati melanggar peraturan ditetapkan akan dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang," katanya lagi tanpa memberikan butiran lanjut tentang bentuk hukuman yang bakal dihadapi lelaki tersebut.

Undang-undang biokeselamatan dan kawalan penyakit melarang mana-mana individu membawa masuk spesies haiwan dari negara luar ke Beijing tanpa mendapat kebenaran. - AFP

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!