Akses mudah kandungan pornografi

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Rabu. Gambar kecil dari kiri: Imran, Mohamad Zulfithri

SHAH ALAM - Lambakan kandungan berunsur pornografi dan aplikasi cari pasangan sehingga menjadi ikutan generasi muda antara punca mendorong kepada peningkatan kes seks songsang dalam kalangan pelajar universiti.

Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Imran Sulaiman berkata, penglibatan masyarakat khususnya golongan mahasiswa dalam platform tersebut dilihat semakin meningkat terutamanya ketika fasa pandemik Covid-19 sekaligus menyebabkan mereka mempunyai kecenderungan untuk mengakses kandungan berkenaan lebih kerap.

Iklan
Iklan

"Terdapat juga yang kurang didikan agama berkenaan isu ini. Topik ini sensitif, ia satu perkara yang ibu dan bapa pun mungkin tidak bercerita secara depan kepada anak-anak mereka.

"Jadi anak-anak tidak tahu baik atau buruk, tidak ada ilmu pengetahuan yang jelas mengenai perkara ini dan tidak tahu kesan buruk daripada penglibatan dengan nafsu seperti itu, mungkin itu juga antara penyebab terjebak dalam hubungan songsang,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Iklan

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Mohamad Zulfithri Mohd Johari pula berkata, pengaruh daripada rakan sebaya juga antara faktor yang menyebabkan kepada peningkatan kes jangkitan HIV.

"Mungkin mereka ini dipengaruhi daripada kawan-kawan supaya tengok benda-benda tidak elok, melalui (platform) apa dan sebagainya, jadi dari situ mula lah (ikutan mereka).

Iklan

"Mula-mula mungkin mereka cuba dengan yang lain jenis, selepas itu, boleh jadi mereka pergi ke arah yang sama jenis.

"Selain itu, terpengaruh juga dari media sosial, kalau kita tengok sekarang wujud platform yang kongsikan hantaran tidak senonoh dan paling banyak di aplikasi telefon,” jelasnya.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di Parlimen minggu lalu mendedahkan peningkatan membimbangkan kes jangkitan HIV dalam kalangan pelajar berumur 18 hingga 25 tahun di institusi pengajian tinggi (IPT).

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dilaporkan berkata, seramai 214 pelajar dari IPT awam dan swasta dilaporkan menghidap HIV pada 2020 diikuti 186 kes (2021), 221 kes (2022) dan 244 kes (2023).

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!